• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Pusat Hiburan Keluarga, Atasi Perjudian Siber

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah hari ini menyatakan komitmen penuh untuk memerangi perjudian haram di negeri itu dengan menjadikan pusat hiburan keluarga sebagai premis tumpuan, seiring dengan seruan Bukit Aman yang mahu kegiatan tersebut dibanteras sepenuhnya.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata kegiatan itu bukan sahaja dilakukan oleh premis tidak berlesen tetapi juga oleh pusat hiburan keluarga yang mempunyai permit sah.

“… kadang-kadang yang berlesen inilah (yang) langgar syarat bermula dengan satu induk, lepas itu beranak secara curi-curi dan ini yang akan kita beri tumpuan selain masalah judi dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas Program Rakyat Sihat Tanpa Dadah di sini.

Turut hadir Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Asri mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang dua hari lepas dilapor menyatakan pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Pembanteras Perjudian bagi menjalankan operasi dan pendakwaan ke atas premis perjudian di seluruh negara.

Sementara itu, Asri berkata pihaknya akan menjadikan pembanterasan penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama di negeri tersebut.

Ini kerana katanya masalah penyalahgunaan dadah semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan tegas pihak berkaitan termasuk polis untuk menanganinya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka untuk mengelakkan gejala sosial yang lebih serius. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd