• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya: Rakyat New Zealand Mengundi Hari Ini

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Rakyat New Zealand mengundi hari ini pada pilihan raya sengit yang menyaksikan Perdana Menteri konservatif, Bill English ditentang pencabarnya yang masih muda dan berkarisma, Jacinda Ardern.

Kempen pilihan raya yang dianggap antara paling sengit dalam sejarah negara ini, dengan sokongan berubah daripada English kepada Ardern dan kembali semula kepada perdana menteri itu.

“Pilihan raya kali ini amat sengit, ia pertandingan antara dua parti utama,” kata English semalam.

Tiada parti mendakwa memperoleh majoriti dalam Parlimen New Zealand dengan 120 kerusi sejak undian perbezaan diperkenalkan pada 1996 dan pilihan raya kali ini berkemungkinan tidak mengubah keadaan itu.

Tinjauan pendapat menunjukkan sama ada Parti Nasional pimpinan English atau Buruh pimpinan Ardern berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan lewat hari ini.

Kemungkinan lain adalah tiada pemenang mutlak apabila kedua-dua parti utama mencari rakan gabungan untuk membolehkan kerajaan dibentuk.

Pusat undian dibuka pada jam 9 pagi waktu tempatan hari ini dan ditutup pada jam 7 malam. – AFP

Tags: New ZealandUndi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

28/07/2026
0

JELEBU - Rakyat Negeri Sembilan diseru memberi mesej yang jelas pada 1 Ogos ini bahawa harga diri dan undi mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd