• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Media Berisiko Tinggi Ditimpa Kemalangan

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memandang serius insiden kemalangan membabitkan seorang wartawan New Straits Times, Fernando Fong Kee Soon apabila motosikalnya dilanggar kereta peronda polis yang sedang mengejar sebuah kenderaan lain semalam.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kemalangan itu membuktikan betapa pentingnya meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pengamal media kerana mereka terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi dalam pekerjaan mereka.

“NIOSH melihat kejadian itu dengan serius dan akan memberikan bantuan kepada semua organisasi media untuk meningkatkan aspek keselamatan dalam kalangan kakitangan mereka di bawah program keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk media.

“NIOSH juga akan berbincang dengan organisasi media kerajaan dan swasta untuk mempercepatkan pelaksanaan program pasport keselamatan untuk pengamal media.

“Selain pemanduan berhemah, program ini juga akan mendedahkan pengamal media kepada aspek keselamatan dan kesihatan lain seperti pertolongan cemas dan tindakan kecemasan serta meningkatkan kemahiran mereka dalam menilai risiko dan mengambil langkah sewajarnya ketika bertugas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lam Thye seterusnya berkata, mengikut laporan interim dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), terdapat kenaikan 10 peratus dalam bilangan kemalangan perjalanan ulang-alik antara kediaman dan tempat kerja pada tahun lepas berbanding tahun 2015.

Menurut beliau, trend itu amat membimbangkan apabila 31,314 kes dilaporkan pada tahun lepas berbanding 28,579 kes pada tahun 2015.

Pada tahun 2012, bilangan kemalangan perjalanan ialah 26,256 kes sementara 27,659 kes dilaporkan pada tahun 2013 dan 28,037 pada tahun 2014.

“Ia menunjukkan bahawa bilangan kemalangan dalam perjalanan telah meningkat 19 peratus dalam tempoh lima tahun, antara 2012 dan 2016,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PengerusinyaTan Sri Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd