• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan Hingga 27 Sept

oleh Ahmad Albab
11/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutkan sehingga 27 Sept, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang tinggal di kawasan berkenaan agar berada di dalam rumah serta tidak memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Perintah berkurung ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha calet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. – BERNAMA

Tags: EsszonePerintah Berkurung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

20/07/2024
2

GLOBAL | Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd