• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Rangka Jadi Pembekal Makanan Utama

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perak sedang merangka pelan tindakan untuk merealisasikan sasaran menjadi sumber bekalan makanan utama di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Datuk Saarani Mohamad berkata Perak merupakan lokasi pendaratan ikan laut terbesar dan mempunyai jelapang padi kedua terbesar selain pengeluar sayur terbesar di negara ini.

“Apabila kita dapat menghasilkan bekalan makanan sendiri, ia mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat serta merangsang ekonomi negeri dan negara khususnya.

“Kini kita terpaksa mengimport banyak bekalan makanan dan kebanyakan sawah padi dan tanah terbiar begitu sahaja tanpa diusahakan, lebih malang lagi tanah bendang dijadikan kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak kali ke- 41 yang turut dihadiri Pengerusinya Datuk Nadzri Ismail di sini hari ini.

Sementara itu, Nadzri dalam ucapannya berkata PPN Perak mencatat keuntungan kasar RM5.3 juta pada tahun lalu dan akan menaikkan kadar dividen peserta sebanyak 11 peratus berbanding 10 peratus sebelum ini.

Dalam pada itu, katanya, PPN Perak akan membuka sebuah ladang penternakan ayam tahun depan di kawasan utara Perak dan sebanyak 50,000 ekor anak ayam bakal diternak sebagai permulaan.

“Ini merupakan satu daripada usaha PPN Perak menjana keuntungan melalui pertanian selepas sawit dan padi. Selain itu, kilang minyak sawit pertama milik PPN Perak di Beruas dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal November depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Saarani Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Bahagian Boleh Buat Usul Berkaitan Jawatan Presiden Parti

16/12/2018
0

IPOH – UMNO Perak tidak akan menghalang mana-mana bahagian di negeri itu untuk membuat usul tergempar bagi menentukan nasib Datuk...

Anggap Nga Kor Ming ‘Salah Alamat’ – BN Perak

05/06/2017
0

IPOH - Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd