Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM783.7j Untuk Selesai Masalah...

SIK - Kerajaan persekutuan dan negeri memperuntukkan RM783.7 juta bagi menangani masalah bekalan...

Tak Undi Saya, Jawablah...

KUALA KANGSAR - Sama ada terdesak atau mungkin tidak sengaja terlepas cakap, calon...

Raja Muda Selangor Serah...

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah...

Isu sokong PM… Sabar...

Tunggu pagi 24 April, itu reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir...

Perak Pantau Ketat Kawasan Wabak Denggi

TAPAH – Kerajaan Perak akan melakukan pemantauan lebih ketat ke atas kawasan wabak atau hotspot denggi supaya ia tidak berpanjangan dan dapat ditangani dengan baik.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan memastikan kawasan yang diisytiharkan sebagai lokasi wabak denggi mengadakan program kebersihan seperti gotong-royong agar kawasan itu bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan persekitaran tidak hanya terletak di bawah pihak berkuasa tempatan semata-mata, ia merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk masyarakat setempat.

“Sebagai contoh, pembuangan sampah di satu-satu kawasan, ada yang mendakwa tindakan penguatkuasaan tidak dilaksanakan tetapi sebenarnya apabila kawasan itu telah dibersihkan, dalam masa beberapa jam, ada pihak yang datang kembali untuk buang sampah,” katanya.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat India sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Kampung Samy di sini hari ini.

Zambry diminta mengulas mengenai peningkatan kes wabak denggi di beberapa kawasan perumahan di Tasek, Ipoh yang dilaporkan berulang kali berlaku di kawasan berkenaan berbanding kawasan lain di negeri ini.


Dalam pada itu, beliau meminta pembangkang untuk tidak mengeksploitasi isu kebersihan dan melemparkan tohmahan dengan mendakwa beliau menggunakan pendekatan politik murahan terhadap aspek kebersihan.

“Apabila saya turun padang mengajak masyarakat melakukan program pembersihan, pembangkang sering mempolitikkannya seolah-olah saya menggunakan politik murahan.

“Ini kerana kita perlu menanam sikap dalam kalangan masyarakat menjaga kebersihan secara berterusan sebagai usaha mencapai hasrat menjadikan Perak sebagai negeri terbersih di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori