• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Pasukan NS Perlu Letak Jawatan

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pihak pengurusan pasukan Negeri Sembilan perlu meletak jawatan selepas gagal membawa pasukan Liga Perdana itu ke kancah Liga Super musim depan, demikian pendapat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata pihak pengurusan pasukan tidak mencapai sasaran luntuk ayak ke Liga Super musim depan dan gagal menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

“Dari segi moral, pihak pengurusan kena letak jawatan jika mereka tidak mencapai KPI. Saya bukan merujuk kepada sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai prestasi Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana musim ini, di sini, hari ini.

Berbaki satu perlawanan, pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Terengganu layak beraksi dalam Liga Super musim depan selepas masing-masing terikat dengan 47 mata manakala Negeri Sembilan menduduki tangga ketiga dengan 41 mata.

“Tidak timbul sama ada saya puas hati atau tidak dengan prestasi pasukan pada musim ini. Bagi saya, saya telah meletakkan matlamat mesti melayakkan diri ke Liga Super tahun depan, tetapi jika tidak tercapai matlamat (sasaran), tidak bolehlah…,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad, yang juga Menteri Besar, berkata prestasi pasukan negeri itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan PBNS selepas pasukan itu menamatkan saingan liga dengan menentang Sabah, bulan depan.

“Biar mereka siapkan laporan dan dari situ kita tengok nanti mengenai langkah-langkah seterusnya yang kita ambil,” katanya.

Ternyata kecewa dengan kegagalan pasukan negeri layak ke Liga Super, beliau menegaskan bahawa PBNS telah menunaikan tanggungjawab dan komitmennya terhadap pasukan termasuk membayar gaji pemain setiap bulan mengikut masa yang ditetapkan serta memberi bonus jika menang perlawanan.

Selepas mengharungi 21 perlawanan musim ini, Negeri Sembilan menang 11 perlawanan, seri lapan dan kalah dua kali.

Mengenai dakwaan terdapat unsur lain yang mungkin mempengaruhi prestasi pasukan, beliau berkata sebelum mendapat laporan daripada pihak pengurusan beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

​​​​​​​”Adalah tidak baik untuk saya katakan itu ini…pihak pengurusan dan jurulatih lebih tahu…kita dengar dahulu laporan pihak pengurusan sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd