• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Perjelas Isu Kebakaran Sekolah Pondok, Tahfiz

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah dalam memberi penerangan tentang isu keselamatan dan kebakaran kepada 104 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah pondok dan tahfiz di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata penerangan secara berkala memang diberikan kepada pelajar di sekolah-sekolah berkenaan oleh pihak sekolah dan bomba.

“Cuma kami akan minta Bahagian Unit Sekolah JAIK untuk bekerjasama dengan bomba dalam memberi pendedahan tentang isu keselamatan dan kebakaran kepada pihak sekolah bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan jiwa. Semasa perhimpunan sekolah atau dalam tazkirah perlu diselit tentang isu keselamatan ini.

“Ada pelajar yang masih muda yang tidak tahu apa perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran sebab itu pendedahan awal dan secara berkala perlu diberikan kepada pelajar sekolah dan pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur, awal pagi tadi yang mengorbankan 23 mangsa.

Mohd Rawi berkata pihak sekolah perlu membuat semakan dan kajian terhadap sistem pendawaian di sekolah yang mungkin telah lama tidak diperiksa dengan menjalankan pemeriksaan pendaiwaian dua kali setahun.

“Ada sekolah yang membuat penyambungan pendawaian secara tradisional yang boleh mendatangkan risiko kerana pada masa akan datang pendawaian tidak dapat bertahan lama, cepat panas hingga menyebabkan berlakunya kebakaran.

“Ubat nyamuk yang dipasang juga boleh menjadi punca kepada berlakunya kebakaran. Perkara ini boleh berlaku sekiranya aspek keselamatan tidak diambil berat,” katanya.

Beliau tidak mahu kebakaran yang terjadi di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 Sept1989 hingga mengorbankan 27 pelajar berulang di Kedah. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Rawi Abd HamidKebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAM Rangka Pelan Tindakan Bangunkan Bola Sepak Pantai

Next Post

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya Premis Sementara

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

Next Post

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya Premis Sementara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd