• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya Premis Sementara

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini sepatutnya berpindah ke bangunan asal di kawasan berhampiran yang telah siap diubah suai hujung bulan ini, kata pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmod.

Beliau berkata bangunan tempat berlaku kejadian adalah bangunan sementara menunggu kerja pengubahsuaian yang dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan.

“Saya menguruskan sepenuhnya pusat tahfiz berkenaan sejak 15 tahun lepas dan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Premis berkenaan menempatkan 42 pelajar, enam guru dan dua warden dari seluruh negara manakala segala kemudahan adalah percuma menerusi tajaan penaung, sumbangan orang ramai serta MAIWP,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata ini merupakan kejadian kebakaran pertama kali berlaku dan kebiasaannya selepas solat Isyak dan tazkirah pelajar tahfiz akan dibenarkan berehat.

“Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia lebih muda berbanding mereka yang sempat menyelamatkan diri.

“Lokasi kejadian melibatkan bilik penginapan pelajar dan mereka juga tidak dibenarkan memasak di bilik itu,” kata Mohd Zahid.

Katanya, aktiviti memasak hanya dibenarkan di tingkat bawah dan pihak tahfiz hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan premis ini.

Sebanyak 21 pelajar dan dua guru yang juga merupakan warden terkorban dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: Darul Quran Ittifaqiyahtahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd