• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Berisiko Air Pasang Besar Dinasihat Waspada

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor menasihatkan penduduk di lima daerah dikenal pasti berisiko terkesan dengan fenomena air pasang besar supaya lebih berwaspada dan mematuhi arahan agensi penyelamat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.

Lima daerah yang berisiko dilanda fenomena terbabit adalah Klang melibatkan kawasan Pengkalan Tok Muda, Batu 4 Jalan Kapar, Ban Semesta, Pelabuhan Klang dan Jalan Pandamaran-Banting; Tebuk Mendeling, Sungai Air Tawar dan Sungai Panjang (Sabak Bernam); Tanjung Karang, Kampung Kuantan, Pantai Remis dan Pekan Sungai Buloh (Kuala Selangor); Pesisir Pantai Bagan Lalang (Sepang) serta pesisiran Pantai Kelanang dan Pantai Tanjung Sepat di Kuala Langat.

Fenomena air pasang diramal berlaku selama empat bulan pada tarikh-tarikh tertentu bermula hari ini hingga Jumaat, 6 hingga 9 Oktober, 4 hingga 7 November serta 4 dan 5 Disember yang mana paras air laut dijangka mencapai sehingga 5.6 meter.

Ketua Unit Pengurusan Bencana negeri, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata semua persediaan telah dilakukan jawatankuasa tersebut termasuk kerja-kerja pengukuhan dan meninggikan tebing di pesisir pantai kawasan terlibat bagi mengelakkan kejadian limpahan air laut tinggi ke kawasan penempatan sehingga menyebabkan banjir berulang.

Namun kata beliau, sekiranya hujan lebat dan angin kencang turut melanda pada tempoh sama fenomena itu berlaku, paras air laut akan menjadi lebih tinggi menyebabkan pintu-pintu kawalan air perlu ditutup bagi mengelakkan lebihan air laut itu memasuki saluran berkenaan dan terjadinya banjir yang teruk.

“Sekiranya pintu kawalan air tidak ditutup, air laut yang tinggi akan memasuki saluran dan jika ia ditutup, air yang terkumpul akibat hujan lebat pula tidak dapat dilepas ke laut, maka kemungkinan akan berlakunya banjir tapi ia tidak seteruk limpahan air laut tinggi memasuki saluran.

“Kita tak boleh ramal sama ada kejadian banjir ini berlaku atau tidak namun kita hanya bersedia dan melaksanakan semua tindakan sewajarnya. Kawasan-kawasan yang terlibat juga sedang dan ada yang telah selesai dinaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat persediaan menghadapi bencana peringkat tinggi, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, disebabkan itu, semua pihak disaran tidak mengambil mudah amaran yang telah dikeluarkan di daerah terlibat bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dan pemindahan mangsa dilakukan sekiranya ada kawasan terjejas banjir.

Tambah Ahmad Fairuz, pusat pemindahan mangsa banjir mula dibuka sehari awal daripada tarikh fenomena air pasang diramal berlaku bagi memudahkan penduduk yang terjejas berpindah ke tempat selamat sekiranya terjadi banjir.

Beliau berkata setakat pagi tadi, pemantauan di semua daerah terlibat mendapati tiada berlaku sebarang kerosakan atau hakisan pada tebing yang telah dinaik taraf dan masih kukuh namun pihaknya akan meneruskan pemerhatian sepanjang tarikh terlibat bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Pusat Pemindahan Banjir Di Melaka Ditutup

Next Post

Lebih Banyak Warga Indonesia Jalani Rawatan

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

Next Post

Lebih Banyak Warga Indonesia Jalani Rawatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd