• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidikan Islam Di Tabika Kemas Diperkasa

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Aspek Pendidikan Islam dan kualiti pendidikan di Tabika Kemas di seluruh negara akan terus diperkasa menerusi pemantapan silibus sedia ada, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata untuk tujuan itu, kementerian telah memperkenalkan tiga modul iaitu Penghayatan Pendidikan Islam, Pemupukan Semangat Patriotisme, dan Modul Keyakinan Diri.

“Tabika Kemas turut memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak.

“Jangan ada persepsi yang mengatakan Tabika Kemas tidak berkualiti memandangkan selain dua tabika swasta, Tabika Kemas turut diberi penghargaan sebagai prasekolah terbaik di negara ini,” katanya semasa berucap pada perasmian Majlis Sambutan Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Negeri Kedah di Padang Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah Datuk Mohd Tajudin Abdullah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTabika Kemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau...

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd