• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penantian Filem Tombiruo, Ramlee Teruja

oleh
30/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERDEBAR-DEBAR rasanya menantikan tarikh 12 Oktober bagi menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu tahun ini, iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba.

Baca: “Hadiah Buat Pembaca” – Ramlee Awang Murshid

Bagi penulis novel thriller Nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid, dia sendiri berasa berpuas hati dan gembira dengan hasil filem ini.

Sebagai orang kuat dalam pembikinan filem itu, Ramlee sendiri telah melibatkan diri dalam proses penghasilan semenjak hari pertama penggambaran dijalankan.

“Selepas melihat hasilnya, saya gembira dan berpuas hati. Saya faham, sukar untuk menzahirkan sebuah novel dalam sebuah naskah filem tetapi Tombiruo memenuhi kehendak saya.

“Saya terlibat dengan filem ini semenjak awal. Mustahil untuk menceritakan semua isi novel untuk diterjemahkan dalam versi layar lebar,” katanya ketika ditemui oleh pihak Astro Gempak.

Selain itu, krew produksi juga berusaha sehabis baik agar kesemua isi kandungan utama novel tersebut terkandung dalam setiak babak-bakbak di dalam filem agar jalan ceritanya dikekalkan.

Bukan sahaja para penonton yang sudah tak sabar menunggu hari tayangan filem ini, malah Ramlee sendiri berasa gementar serta berharap agar orang ramai dapat menyokong filem ini.

“Sejujurnya, saya rasa gementar. Novel ini sudah bertapak hampir 20 tahun dalam hati peminat. Semenjak diterbitkan pada tahun 1998, ramai pembaca berharap agar novel ini difilemkan.

“Alhamdulillah, filem ini akan menemui penonton dan pembaca setia karya saya. Saya harap agar semua pihak dapat menyokong dan menerima karya ini,” tambahnya lagi.

Pada petang Rabu lalu, telah berlangsung Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo yang diadakan di MBO The Starling, Damansara, Selangor.

Ramai barisan artis turut sama hadir bagi menyaksikan filem hebat ini. Rata-rata mereka yang hadir turut teruja dengan hasil filem Tombiruo: Penunggu Rimba.

Filem yang diadaptasikan daripada karya novelis thriller No. 1 Malaysia ini bakal menemui anda semua di pawagam bermula 12 Oktober ini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Tombiruo: Penunggu Rimba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Cukup Di Set, Tak Perlu Nak Mesra Dekat Luar” – Zul

17/11/2017
0

SERING kali kita mendengar berita mengenai pelakon yang menjalinkan hubungan cinta selepas mereka berdua digandingkan bersama dalam sesebuah karya. Adakah...

Zul Ariffin Tak Mahu Terlibat Dalam ‘Drama’ Murahan

04/11/2017
0

SELEPAS sekian lama mendiamkan diri apabila naik satu kontoversi antara kekasihnya dengan pasangan artis lain, kini pelakon utama drama Titian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd