• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penanaman Cili Mempunyai Potensi Besar

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Penanaman cili mempunyai potensi besar untuk diterokai kerana negara memerlukan sebanyak 100 tan cili sehari sedangkan pengeluaran cili tempatan ketika ini hanya 30 tan sehari, kata Pengarah Bahagian Holtikultur Jabatan Pertanian Abdul Daud.

Beliau berkata tanaman cili menjanjikan pulangan yang lumayan berikutan ia sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

“Negara perlu mengimport kira-kira 70 tan cili sehari dan industri penanaman cili mempunyai potensi besar untuk diteroka. Jabatan Pertanian mempunyai pelbagai program galakan dan insentif untuk petani meningkatkan pengeluaran cili,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata harga cili di ladang adalah RM8 hingga RM9 sekilogram dan kos untuk pengeluaran sekilogram cili adalah kira-kira RM3 atau RM4 sahaja.

Abdul berkata demikian kepada pemberita selepas program penuaian kira-kira 24 tan cili besar dalam tempoh 10 jam di 130 lokasi seluruh Semenanjung hari ini yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai jumlah penuaian paling banyak dilakukan dalam masa sehari.

Cili itu mula dipetik dari pukul 7 pagi tadi sehingga pukul 5 petang.

“Kira-kira 663,000 pokok cili dituai hari ini. Secara keseluruhan jumlah pokok cili yang ditanam di seluruh negara adalah 4.1 juta pokok,” katanya selepas tamat program berkenaan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Bukit Changgang di sini. Turut hadir wakil MBR Siti Hajar Johor.

Menurut Abdul, sijil pengiktirafan MBR akan diserahkan pada majlis yang akan diadakan kelak bersempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang pada 28 Sept hingga 1 Okt depan. – BERNAMA

Tags: Penanaman Cili
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Dapati Laporan Perubatan Lingam Palsu

Next Post

Video: Remaja ‘Tanggang’ Pukul Ibu Bertubi-Tubi

Related Posts

No Content Available
Next Post

Video: Remaja 'Tanggang' Pukul Ibu Bertubi-Tubi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd