• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalak Haram Ditahan Sehingga Kes Disebut

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar akan mengkaji semula undang-undang berkaitan bagi mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap pihak yang mengancam pegawainya dalam isu pembalakan haram.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata menerusi undang-undang baharu kelak beliau mahu pembalak haram yang ditangkap ditahan sehingga kes mereka dibicarakan di mahkamah.

“Kita mahu mereka ini ditahan di lokap sehingga hari perbicaraan. Jika dilepaskan kita bimbang dia akan mengancam nyawa pegawai kita.

“Jika sekiranya mereka itu orang luar, ada kemungkinan dia akan pulang ke negara asalnya dan kita tak boleh lagi ambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2017 di Hutan Simpan Bakau Tinggi, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Azimuddin Bahari.

Wan Junaidi berkata tindakan itu perlu dilakukan segera memandangkan sejak kebelakangan ini pegawai perhutanannya berdepan tindakan ganas dipercayai ‘konco-konco’ pembalak haram yang dikenakan tindakan.

“Ada pegawai yang kena tahan di tengah jalan dan dikurung sekejap kerana pembalak haram nak rampas balik jentera dan kayu-kayu balak yang telah ditahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pembalak haram terbabit berani bertindak demikian kerana mengetahui pegawai keselamatan perhutanan tidak membawa senjata.

“Jadi kita harap undang-undang jenayah dapat dikuasakan terhadap mereka misalnya di bawah kesalahan menghalang pegawai kerajaan menjalankan tugas dan tuduhan-tuduhan lain yang mereka lakukan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd