• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan Dua MRSM Lemas Di Lata Kulim

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu lemas ketika berkelah bersama-sama keluarganya di Lata Kulim, Kampung Kenayat dekat sini, hari ini.

Mayat Muhammad Afiq Ishak, 14, yang berasal dari Felda Papulut, Lenggong, ditemui pada 2.15 tengah hari di dasar air terjun sedalam tiga meter oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata mangsa pergi ke kawasan air terjun berkenaan untuk memancing dan mandi manda bersama-sama 15 anggota keluarganya pada 11.30 pagi.

“Bagaimanapun, bapa mangsa menberitahu anaknya telah terjun di kawasan yang dalam.

“Bapa mangsa dan yang lain terjun untuk menyelamatkannya tetapi tekanan air menyebabkan mangsa hilang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ismail berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan dua anggota polis, lima anggota bomba dan 30 penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Azizul Azwa Asaris berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1 tengah hari sebelum sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya anggota membuat selaman dan pencarian bersama-sama orang awam sebelum menemui mangsa di dasar air terjun.

“Mangsa dibawa ke daratan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd