• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Lompat Keluar Beransur Pulih

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang parah selepas melompat dari tingkat tiga pusat itu yang sedang terbakar kini semakin pulih.

Bapanya Datuk Dr. Sharifuddin Musa, 45, berkata anaknya Mohd Shahir, 11, masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Menurutnya anaknya terbakar 20 peratus di bahagian belakang, selain patah rusuk dan tulang punggung.

“Dia semakin pulih dan mungkin petang ini doktor akan buka bantuan pernafasannya, tetapi perlu melihat keadaan dia terlebih dahulu.

“Setakat ini semuanya baik, dia juga sedar dan memberikan respons positif kepada doktor sekiranya ditanya dia sakit di bahagian mana. Dia akan gerakkan tangan atau menganguk,” katanya kepada Bernama.

Dr. Sharifuddin berkata anak ketiga dari empat beradik itu sememangnya gembira belajar di pusat tahfiz berkenaan dan berjaya menghafal surah Yasin hanya dalam masa tiga bulan.

“Dia seorang pendiam tetapi selepas dia masuk tahfiz itu, dia memaklumkan yang dia mempunyai ramai kawan,” katanya.

Sehingga kini Mohd Shahir dan dua lagi pelajar masih mendapatkan rawatan di HKL.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tersebut terkorban akibat terperangkap di asrama yang terletak di tingkat paling atas daripada bangunan tiga tingkat itu dalam tragedi 5.15 pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd