• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar OKU Yatim Piatu Antara Pelajar Baharu USM

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang gadis yatim piatu dan tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU), tidak menjadikan kekurangan dalam dirinya sebagai satu penghalang bagi mengejar cita-cita menjadi pendidik dan melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

A. Mahavithia, 22, yang cacat penglihatan sejak berusia 11 tahun memilih untuk mendalami bidang sastera di USM di bawah program Ijazah Sarjana Muda selepas menolak beberapa tawaran daripada universiti tempatan yang lain.

Menceritakan detik sedih hidupnya yang serba kekurangan, Mahavithia berkata ia tidak mematahkan semangatnya untuk memasang impian dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat Sarjana Kesusasteraan.

“Ibu saya sudah meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun akibat kanser manakala ayah pula sudah lama meninggal sejak saya bayi lagi,” kata anak kedua daripada empat beradik itu pada sesi pendaftaran pelajar baharu USM di sini, hari ini.

Katanya, selepas kematian kedua ibu bapanya, beliau yang berasal dari Ipoh, Perak, tinggal bersama seorang kakak saudaranya yang merupakan seorang pekerja kilang.

“Pada mulanya, kakak saudara agak keberatan untuk melepaskan saya belajar (atas faktor jauh dan fizikal) tetapi saya berjaya meyakinkan beliau disebabkan minat yang begitu mendalam dalam bidang sastera ini.

Mahavithia berkata bagi memudahkan pembelajarannya, beliau menggunakan sebuah komputer riba berkelengkapan aplikasi pandu suara.

“Saya dapati proses pembelajaran di sini amat mesra OKU kerana pihak universiti ada menyediakan bahan ilmiah dalam tulisan braille bagi golongan seperti kami,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar OKU, Muhammad Aslam Abdul Aziz, 21, yang mendaftar di bawah program sama turut berpendapat bahawa USM adalah antara universiti yang sangat mesra OKU.

“Faktor jarak juga diambil kira sebab keadaan kaki kanan saya yang cacat kekal akibat kemalangan kira-kira empat tahun lalu. Jadi USM adalah pilihan terbaik dan tepat untuk saya melanjutkan pelajaran, ” katanya yang berasal dari George Town di sini.

Terdahulu, pelajar-pelajar baharu mendengar ucaptama Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail sempena Majlis Sambutan Pelajar Siswa Baharu Sepenuh Masa Sidang Akademik 2017/2018.

Menurutnya, seramai 3,931 pelajar baharu lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf mendaftar di ketiga-tiga kampus USM termasuk program pesisir bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) pada sidang kali ini. – BERNAMA

Tags: Pelajar OKU Yatim Piatu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd