• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar OKU Cemerlang STAM Dapat Laptop Khas MB

oleh
09/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAJAR orang kelainan upaya (OKU) yang catat pencapaian luar biasa Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016, Ahmad Faiz Ibrahim menerima komputer riba hadiah Menteri Besar Terengganu.

Ia disumbangkan terus oleh Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sendiri di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada Sabtu. Turut menemaninya ialah bapa dan ibunya, Ibrahim Yunus dan Zarina Mohd. Kasim.

Pemberian laptop tersebut kepada penuntut tahun pertama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dilakukan menteri besar berkenaan dalam program Minggu Sukan Seberang Takir ‘Cikgu Razif Bersama Komuniti’.

Ahmad Faiz, 19, bekas pelajar Maahad Ar Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan dan berasal dari Kampung Demit dekat dengan sekolahnya itu memperoleh keputusan 10A Mumtaz dalam STAM tahun lalu.

Hadiah istimewa tersebut bagi memudahkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin di UniSZA itu dapat mengikuti pengajian secara atas talian terus dari rumahnya tanpa perlu sentiasa hadir ke kelas.

Anak sulung daripada lima beradik itu menghidap penyakit saraf Cerebral Palsy sejak lahir sehingga menyukarkan pergerakan dan terpaksa bergantung kira-kira 90 peratus bantuan tenaga orang lain termasuk ibu bapanya.

Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keistimewaan kepada Ahmad Faiz yang menunjukkan keupayaan fizikal yang amat terbatas untuk tidak melemahkannya bagi mencapai kecemerlangan akademik di universiti.

Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh meminta pihak UniSZA memperkasakan platform aplikasi pembelajaran dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: OKUSTAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd