• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Maut Nahas Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia, Syahirah Amiruddin, 22, dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Sulawesi Selatan, Makassar, Indonesia.

Kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah kereta turut menyebabkan dua lagi adik beradik mangsa, Suria Iskandar Amiruddin, 25 dan Syazwani Amiruddin, 22, mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Dr Wahidin Sudirohusodo, Makassar.

Mangsa adalah pelajar Fakulti Perubatan di Universitas Hasanuddin Makassar.

Menurut kakak kepada mangsa, Suhaila Amiruddin, 36, pihak keluarga mengetahui mengenai kejadian yang menimpa adik-adiknya menerusi pesanan aplikasi WhatsApp Group.

“Pesanan itu menyebut adik saya, Iskandar terbabit dalam kemalangan, bagaimana pun ia tidak memberitahu mengenai keadaan Syazwani dan Syahirah.

“Abang saya kemudian menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di Indonesia bagi mengetahui kejadian sebenar, dan telah dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit.

“Mereka memaklumkan adik saya, Syahirah meninggal dunia sementara Iskandar dan Syazwani sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Suhaila berkata, kedua ibu bapanya dan abangnya telah berlepas ke Makassar pada jam 6 pagi tadi.

“Mereka akan transit di Jakarta dan kemudian akan terus ke Makassar untuk menguruskan jenazah Allahyarham dan memeriksa keadaan dua lagi adik saya.

“Mereka bertiga sedang bercuti ketika kejadian itu berlaku, mereka telah merancang untuk bercuti bersama sebanyak tiga kali, baru kali ini berpeluang bercuti bersama.

“Setakat ini, perkembangan terkini keadaan mereka, Iskandar dilaporkan stabil dan sudah boleh bercakap sementara Syazwani masih menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan portal berita online, Bonepos.com, Allahyarham dan dua adiknya dalam perjalanan ke Pantai Tanjung Bira yang terletak 192 kilometer dari bandar Makassar dengan menaiki dua buah motosikal.

“Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan, mangsa bersama dua lagi adiknya yang menaiki motosikal terbabit dengan kemalangan dengan sebuah kereta.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami pada bahagian dahi dan patah di bahagian leher,” katanya. – BH ONLINE

Tags: kemalangan mautpelajar Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd