• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Terbakar: 111 Lagi Peniaga Terima Bantuan MCA

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sejumlah 111 peniaga yang terjejas ekoran kebakaran di Pasar Besar Seremban 9 September lepas menerima bantuan wang tunai RM1,000 setiap seorang yang disampaikan Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon.

Ini sekali gus menjadikan jumlah kesemua peniaga yang menerima bantuan daripada MCA berjumlah 317 orang selepas kumpulan pertama membabitkan seramai 206 peniaga menerimanya, 15 Sept lepas.

“Ini merupakan bantuan kecemasan daripada Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) yang dikumpulkan MCA untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Kebajikan Peniaga Pasar Besar Seremban Koh Lee Giap.

Mengulas lanjut, Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata jumlah sebenar peniaga yang terlibat dalam kebakaran tersebut adalah seramai 327 orang, namun yang telah menerima bantuan daripada MCA setakat ini berjumlah 317 peniaga.

“Baki 10 peniaga lagi turut akan kita bantu dalam masa terdekat,” katanya.

Terdapat 197 kedai termasuk 99 kedai makan di pasar berusia 38 tahun itu yang merupakan ikon bandar Seremban. – BERNAMA

Tags: Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin WoonTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd