• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Komersil Bukan Terletak Pada Rupa – Nam Ron

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU penerbit terkenal tanah air ada mengutarakan pendapat yang menyatakan hasil karya lebih penting berbanding pelakon popular yang membawa watak di dalamnya.

Baca: Kekuatan Drama Mampu Lahirkan Pelakon Popular

Kini, pelakon Nam Ron seakan-akan mengiakan kenyataan itu kerana baginya naskhah sesuatu filem atau drama lebih menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan wajah pelakon semata-mata.

Kenyataan itu dikeluarkan kerana dia berasa kesal apabila ada sesetengah pihak beranggapan konon wajah komersial pelakon mampu melariskan sesuatu drama atau filem tersebut.

“Saya tiada isu jika jadi pilihan kedua untuk cerita ini tapi saya ada isu apabila dikatakan tiada nilai komersial.

“Pada saya nilai kormersial seorang pelakon tidak semestinya melariskan sesebuah drama atau filem. Aaron Aziz contohnya, dia popular tetapi tidak semua filem dia laku.

“Filem dia yang box-office pun disebabkan karya dan naskhah filem itu yang memang berkualiti,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Kenyataan tersebut sekali gus menjawab persoalan yang kononnya Nam Ron merupakan pilihan kedua selepas Faizal Hussain untuk menjayakan watak di dalam filem televisyen berjudul Che Pa.

Penerbit yang juga pemilik syarikat Zeel Production menjelaskan pemilihan Nam Ron yang dibuat oleh Sabri Yunus selaku pengarah menunjukkan kelayakannya untuk menggalas watak tersebut berbanding Faizal Hussain.

Buktinya, Fadzil berpendapat Nam Ron telah membawa watak tersebut dengan baik dan berjaya menghidupkan watak tersebut dalam Che Pa.

Beto Kusyairi juga antara pelakon yang mementingkan kualiti seolah-olah pembabitannya dalam drama atau filem seakan-akan eksklusif.

“Saya nampak ada peningkatan dari segi kualiti pembikinan tersendiri, cuma menjadi masalah saya sekarang ialah apabila orang lebih utamakan popularity instead of quality,” katanya dipetik mStar Online.

Juga: Beto Kusyairy Dah Buka Mulut Isu ‘Pelakon Kayu’

Shahili Abdan atau lebih dikenali dengan nama Nam Ron turut berpendapat bahawa kaedah pemasaran yang betul menjadi faktor kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah filem atau drama.

“Dalam hal ini tidak boleh salah pelakon cantik atau tidak, popular atau tidak tetapi bahagian promosi dan pemasaran yang memainkan peranan penting,” ujarnya.

Dalam pada itu, telefilem Che Pa ini menampilkan watak Nam Ron sebagai seorang lelaki lembut dan penari tarian Hadrah sejenis seni tarian yang pernah dipopularkan sekitar tahun 1910-an di Utara Semenanjung Malaysia.

Filem ini bakal menemui penonton di saluran Astro Eksklusif pada 21 September depan dengan dibarisi nama-nama hebat antaranya Ezany Nazariff, Amyza Adnan, Allahyarham Yus Jambu dan Putri Hanan. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by Astro First Eksklusif // AFX (@astrofirsteksklusif) on Sep 13, 2017 at 7:50am PDT

Tags: Che PaNam Ron
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih Ramai Pemimpin PH Akan Sertai UMNO

Next Post

Jangan Abaikan Pendidikan Anak Biarpun Miskin

Related Posts

Jangan Lantik Menteri Bangang Ganti Maszlee

05/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Nam Ron bimbang jika seorang pemimpin yang gemar mengikut telunjuk atau pak turut akan mengisi jawatan...

Crossroad: One Two Jaga Raih Kemenangan Besar

28/04/2019
0

KUCHING - Filem yang baru sahaja meraih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia ke-30 hujung bulan lepas, 'Crossroad: One Two...

Next Post

Jangan Abaikan Pendidikan Anak Biarpun Miskin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd