• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Bangladesh Tubuh Pusat Bantuan Pelarian

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Bangladesh menubuhkan sebuah pusat penyelarasan bantuan bagi membantu pelarian Rohingya yang berlindung di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Naib Presiden Mapim, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, pusat itu ditubuhkan Jumaat lepas dan sudah beroperasi.

“Pusat penyelarasan bantuan berkenaan akan mengagihkan bantuan makanan dan pelbagai keperluan kepada pelarian Rohingya di kem-kem pelarian di Cox’s Bazar,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Dhaka hari ini.

Berkongsi pengalaman berada di Cox’s Bazar sejak 12 September, Ahmad Tarmizi menyifatkan krisis kemanusiaan yang dihadapi pelarian Rohingya di kem pelarian di sempadan Myanmar-Bangladesh itu sangat serius dengan pertambahan kira-kira 20,000 pelarian setiap hari.

“Kem-kem pelarian di Cox’s Bazar kini begitu padat dan lautan manusia dapat dilihat apabila jumlah pelarian mencecah hampir setengah juta orang dan terus meningkat setiap hari,” katanya.

Menurutnya krisis makanan di kem pelarian terbabit semakin meruncing sehingga ada pelarian dilihat makan rumput selain bertindak agresif menyerbu kenderaan pasukan misi kemanusiaan yang masuk ke kem pelarian.

Sehubungan itu katanya Mapim berhasrat mengumpulkan sumbangan wang tunai RM5 juta untuk menyediakan makanan dan bekalan air bersih yang akan dibawa ke Cox’s Bazar bulan depan.

Katanya pada 12 September lalu, tujuh wakil Mapim berlepas ke Bangladesh dan pada hari ini hanya beliau dan Setiausaha Agung Mapim, Zulhanis Zainol kembali ke tanah air.

“Lima lagi wakil Mapim masih di Cox’s Bazar membantu operasi pusat penyelarasan bantuan yang baru beroperasi,” katanya lagi.

Sementara itu, Zulhanis ketika menceritakan pengalamannya di Cox’s Bazar berkata, keadaan pelarian terbabit amat menyayat hati. – BERNAMA

Tags: Etnik RohingyaMapim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penubuhan Malaysia Bawa Faedah Ekonomi, Pekerjaan

Next Post

Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Ketika Bergambar

Related Posts

Kes Lelaki Maut Dibunuh Abang Teman Wanita, Polis Tahan 5 Lagi

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pada Isnin menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza...

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

24/01/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga makanan dan minuman yang dijual di gerai dan restoran terpaksa dinaikkan sehingga 10 hingga 40...

Next Post

Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Ketika Bergambar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd