Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

17 Tahun Tunggu, Peminat...

PORTAL hiburan tempatan, MH Online, berkongsi status seorang peminat yang teruja dapat berjumpa...

Keluarga Pelajar Maut Digilis...

BAGAN SERAI - Keluarga pelajar sekolah tahun empat,Mohamad Haikal Helme yang maut dalam...

Kerajaan Tampung Subsidi Tarif...

Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan...

Wanita Simpanan Ditendang Ala...

BANGKOK - Seorang wanita yang berang apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dirakam...

Netizen Dukacita Sultan Abdul Halim Mangkat

MERAFAK sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah dilaporkan mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.

Menurut beberapa agensi berita, baginda dilaporkan mangkat sekitar jam 2.30 petang tadi.

Menteri Besar Kedah Darul Aman, Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengadakan sidang akhbar bagi membuat pengumuman rasmi pada jam 5 petang hari ini.

Sementera itu, di laman sosial ramai netizen terkejut dengan berita berkenaan dan melahirkan rasa dukacita atas pemergian baginda.


Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah lahir pada 28 November 1927 dan merupakan Sultan Kedah ke-27 dari tahun 1958 sehingga kini.

Selain itu, baginda juga  merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 pada tahun 1970 hingga 1975 dan ke-14 pada 13 Disember 2011. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori