• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naz Minta Maaf Lontar Kata Kesat

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau Naz mengenai isu mati syahid ternyata memakan diri apabila netizen telah memberi ‘serangan balas’ terhadapnya.

Oleh kerana itu, Naz memilih untuk bersikap matang dan memohon maaf andai ada perkataan yang diluahkan di laman Twitter miliknya mengenai isu mati syahid menimbulkan perasaan kurang senang netizen.

Menurut Naz, 39, apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan ‘mati syahid’ tersebut.

Kaitan: Pengacara JJCM TV3 ‘Hina’ Pengetua Tahfiz Isu Syahid

Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.

“Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak.

“Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan.

“Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menerusi akaun Twitter @nazrudinrahman, dia ada menulis ‘Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know’.

Postingnya itu mendapat hampir 6,000 retweet dan ratusan komen daripada pengikut.

Ia memetik laporan sebuah portal berita tempatan yang melaporkan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah Muhammad Zahid Mahmod menganggap 21 orang pelajar dan dua warden mereka mati syahid dalam kebakaran asrama di Kuala Lumpur pada 14 September lalu.

Kata Naz lagi, niatnya hanyalah untuk membuka mata pihak berwajib mengenai kepentingan keselamatan serta berharap kenyataannya itu mampu membuka mata ramai pihak terutama pihak berkuasa mengenai keselamatan pusat pendidikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ArtisDarul Quran IttifaqiyahNazrudin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd