Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Lelaki Mahu Jadi Makhluk...

GILA...seorang lelaki sanggup membelanjakan wang lebih RM200,000 semata-mata kerana mahu menjadi makhluk asing...

Banduan Berak Dalam Mahkamah,...

NEW ORLEANS - Seorang lelaki yang didakwa membelasah ibu teman wanitanya sehingga mati,...

Industri Pertahanan Negara Perlu...

PORT DICKSON - Aktiviti perindustrian pertahanan ketenteraan yang bertujuan meningkatkan tahap pertahanan negara...

Menu ‘Ciken Coop’ Dan...

SEKEPING menu makanan yang menggunakan ejaan 'pelik' mencetuskan kutukan daripada ramai netizen menerusi...

Nangka Gergasi Janji Hasil Lumayan Kepada Petani

SERDANG – Penanaman buah nangka gergasi yang boleh mencecah berat hampir 40 kg sebiji mampu meningkatkan pendapatan golongan petani berikutan potensi hasil tuaian yang lebih baik berbanding nangka biasa.

Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Malaysia, Abdul Daut berkata baka Nangka Subang J38 atau nama saintifiknya ‘Artocarpus Heterophyllus’ dengan saiz yang lebih besar dan berat menghasilkan ulas buah berwarna oren kemerah-merahan yang lebih manis dan lembut berbanding baka lain.

“Kebiasaannya buah nangka baka lain hanya mampu membesar sehingga berat 10 ke 15 kg dan ulas buahnya lebih kecil, justeru apabila petani menjualnya kepada pihak pemborong secara kiraan per kilogram, pulangannya tidak begitu tinggi.

“Berbanding menjual buah nangka gergasi pasti hasil diraih meningkat sekali ganda berbanding kebiasaannya,” katanya ketika ditemui Bernama pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini, hari ini.

Beliau berkata selain baka Nangka Subang yang memang bersaiz lebih besar berbanding varieti lain, cara penanaman dan penjagaan pokok itu juga memainkan peranan penting dalam proses pertumbuhannya.

​​​​​​​Abdul berkata antara aspek penting ialah pemilihan kawasan tanah yang tidak terlalu berasid tinggi selain penjagaan daripada dijangkiti penyakit seperti reput pangkal (Phytophtera), mati rosot (Erwinia Caratovora) dan reput buah.


“Pemilihan putik juga perlu diberi perhatian kerana kebiasaannya sebatang pokok boleh menghasilkan sehingga 20 putik, namun kita akan memangkas sebahagiannya dan mengekalkan putik yang memiliki kualiti terbaik sahaja.

“Menerusi kaedah pemangkasan ini, ia dapat membantu putik yang berkualiti membesar lebih baik serta mengurangkan risiko perebutan baja dengan putik yang lain sekali gus mengelakkan pembesarannya terencat,” katanya.

Bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, sambutan HPPNK tahun ini yang bermula semalam sehingga Ahad membawa pelbagai komponen dengan yang terbaru adalah Festival Makanan Malaysia 2017. – BERNAMA

Kategori