• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Bayi Dalam Semak ‘Muhammad Ehsan Adha’

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bayi lelaki yang ditemui di dalam semak berhampiran kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah, Rompin dekat sini pada 27 Ogos lalu dinamakan Muhammad Ehsan Adha.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi itu kini ditempatkan di sebuah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

“Tahap kesihatan Adha (Muhammad Ehsan Adha) berada dalam keadaan memuaskan dan tidak mengalami kecederaan kecuali beberapa kesan gigitan serangga yang berkemungkinan disebabkan berada di dalam semak untuk tempoh 24 jam.

“Kesan gigitan serangga bagaimanapun telah hilang dan Adha kelihatan semakin aktif dan menyusu dengan baik di bawah jagaan JKM,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, media melaporkan penemuan bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam plastik bersama-sama uri yang telah busuk di kawasan semak sekitar 10.15 malam oleh seorang peniaga Mohd Safarin Mohd Shahir.

Mohd Safarin mendakwa dia dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang lelaki Pakistan yang pada mulanya menyangka plastik tersebut berisi anak kucing sebelum kembali dan memeriksa isi kandungan plastik berkenaan beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata pemeriksaan kesihatan mendapati bayi seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan dalam keadaan cukup bulan. – BERNAMA

Tags: bayiDatuk Shahaniza Shamsuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd