• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nam Ron Sedia Dikritik Kerana Solek Ala Wanita

oleh
24/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERPAKAIAN wanita dan bersolek seperti wanita tulen! Namun itu imej Nam Ron apabila bakal tampil sedemikian menerusi filem televisyen lakonannya.

Sebelum ini Nam Ron telah bersuara apabila ada sesetengah pihak menganggap bahawa hanya pelakon yang mempunyai wajah komersial sahaja mampu membuatkan sesebuah drama itu laku.

Baca: Nilai Komersil Bukan Terletak Pada Rupa – Nam Ron

Kini, Nam Ron muncul lagi semasa majlis sidang media filem televisyen yang bertajuk Che Pa di saluran Astro.

Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Adnan menjelaskan bahawa dia memegang watak sebagai seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak dan dia dukatakan telah membawa watak sebagai seorang lelaki lembut.

Watak Che Pa atau Jaafar itu merupakan seorang penari Hadrah dan ianya memerlukan Nam Ron untuk memakai baju kebaya serta bersolek ala-ala wanita dan menari.

“Saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan serta komen orang ramai.

“Karakter sebegini wujud kerana memang ada lelaki yang kerja sebagai penari hadrah. Seni Hadrah perlu dihalusi kerana masih ramai belum tahu perkara itu,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Untuk pengetahuan anda, tarian Hadrah ini merupakan tarian yang dibawa masuk oleh pedagang Parsi pada zaman dahulu yang sememangnya menjadikan kaum lelaki sebagai penari dan berpakaian wanita.

Tarian ini juga pernah dipopularkan sekitar tahun 1910-an di wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

Dia dikatakan mempersetujui watak yang ditawarkan oleh Sabri Yunus tanpa memikirkan mengenai karakter yang bakal dibawa olehnya.

Tambahnya lagi, niatnya ialah untuk mengangkat seni tarian yang pernah popular di negeri kelahiran tarian Hadrah, iaitu Perlis.

Bagi saya, Sabri merupakan seorang pengarah yang begitu teliti dan pastinya dia mahukan karya yang terbaik,” tambahnya lagi ketika ditanya mengenai tawaran yang diberikan.

Mungkin kali ini Nam Ron ingin membawa satu watak yang berlainan daripada yang pernah dilakonkan olehnya sebelum ini.

Selain Nam Ron, pelakon yang turut membintangi filem televisyen Che Pa ini ialah Ezany Nizariff, Amyza Adnan, Allahyarham Yus Jambu dan Putri Hanan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

https://www.instagram.com/p/BZQ3eBSHxLt/?taken-by=astrofirsteksklusif

Tags: Nam Ron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Lantik Menteri Bangang Ganti Maszlee

05/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Nam Ron bimbang jika seorang pemimpin yang gemar mengikut telunjuk atau pak turut akan mengisi jawatan...

Crossroad: One Two Jaga Raih Kemenangan Besar

28/04/2019
0

KUCHING - Filem yang baru sahaja meraih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia ke-30 hujung bulan lepas, 'Crossroad: One Two...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd