• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Kuasa Ekonomi Ke-24 Terbesar Dunia 2050

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Impian Malaysia untuk menjadi negara maju, bukan lagi angan-angan atau bualan kosong semata-mata berikutan negara ini bakal tersenarai sebagai sebuah kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang menentukan ekonomi sesebuah negara, dan pencapaian Malaysia itu termasuklah tahap keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta keyakinan pelabur asing ke atas keteguhan ekonomi.

“Laporan daripada syarikat perkhidmatan profesional antarabangsa, PwC menyebut Malaysia akan tersenarai sebagai kuasa ekonomi ke-24 terbesar di dunia pada 2050. Inilah hasil kajian berdasarkan peningkatan KDNK dan keyakinan pelabur asing ke atas ekonomi negara,” kata Najib dalam blognya, Najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata KDNK Malaysia pada suku pertama melangkaui jangkaan pakar ekonomi iaitu 5.6 peratus dan sekali lagi meningkat pada suku kedua ke paras 5.8 peratus.

Paras KDNK ini lebih tinggi daripada suku pertama tahun lepas sebanyak 4 peratus.

Perdana menteri berkata pencapaian ini secara langsung menguntungkan rakyat kerana hasil ekonomi yang semakin kukuh membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat seperti membina lebih banyak hospital dan klinik selain memberi bantuan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“Hakikatnya peningkatan ekonomi sesebuah negara tidak berlaku dalam sehari atau dalam tempoh yang singkat. Ia mengambil masa yang panjang dan perancangan yang teliti… namun, boleh dimusnahkan dalam sekelip mata.

“Oleh itu, janganlah kita melibatkan diri dengan unsur atau pihak yang cuba meruntuhkan apa yang kita telah bina selama ini kerana inilah tanah air kita,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: KDNK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RCI Forex BNM: Adakah Sedia Jadi Kambing Hitam?

Next Post

Jualan Syiling Peringatan Sukan SEA Menggalakkan

Related Posts

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

Kerajaan Tekad Kurangkan Defisit Fiskal 3.2 Peratus Pada 2025 – PM

Kerajaan Tekad Kurangkan Defisit Fiskal 3.2 Peratus Pada 2025 – PM

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengawal paras hutang negara di bawah pentadbirannya. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya, kawalan...

Next Post

Jualan Syiling Peringatan Sukan SEA Menggalakkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd