• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho ‘Pening’ Pilih Jentera Penyerang

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER – Jose Mourinho menimbang untuk menggandingkan Anthony Martial, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford bersama-sama di jentera serangan Manchester United dalam usaha mengekalkan ‘ketajaman’ ketiga-tiga peledak mudanya itu.

Pengurus Manchester United itu mendapati enam pemainnya kini berada di prestasi terbaik untuk mengisi empat posisi bagi mengemudi bahagian depan Red Devils iaitu selaku penyerang tunggal dengan tiga pemain tengah menyerang beroperasi di belakang.

Lukaku yang sudah menjaringkan tujuh gol sejak menyertai United musim panas lalu tampak seperti pilihan automatik untuk posisi nombor sembilan.

Tetapi kebangkitan prestasi penyerang Perancis, Martial dan penyerang muda England, Rashford menyukarkan Mourinho untuk memilih siapa yang akan digandingkan di belakang Lukaku.

Begitupun, Mourinho menegaskan ia bukan masalah sekali pun Juan Mata, Henrikh Mkhitaryan dan Jesse Lingard juga di prestasi baik yang menjadikan persaingan untuk merebut tempat kini semakin sengit.

“Ya, Rashford dan Martial boleh bermain bersama,” kata Mourinho. “Berapa kali ia sudah berlaku? Saya fikir sudah beberapa kali terutamanya pada musim lalu.

“Ia sukar buat Martial namun ia lebih sukar bagi ramai lagi pemain. Ramai pemain yang berada di prestasi yang hebat bermain dengan baik.

“Tiada siapapun patut berada di bangku simpanan. Namun jumlah mereka semua adalah empat, ditambah Lukaku dan Mkhitaryan, ia menjadi enam. Saya tidak boleh menurunkan mereka semua.”

Martial, 21, tampak seperti calon bukan pilihan buat Mourinho selepas tampil dengan prestasi kurang konsisten musim lalu, namun dia kembali membuktikan dirinya dan bersedia untuk bermain dengan sistem yang baharu.

“Dia banyak meningkat,” kata Mourinho. “Ia bukannya datang dengan sendiri, dia mempunyai keinginan untuk melakukannya, selain efektif di bahagian pertahanan.

“Kesemua mereka memberikan saya pilihan. Kesemua mereka pantas dalam situasi satu lawan satu. Kesemua mereka boleh menjaringkan lebih gol. Mereka berbeza namun dari sudut global, mereka semua amat sama.” – AFP

Tags: Jose Mourinho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd