Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Selangor Nilai Semula Kadar...

SHAH ALAM - Selangor akan menilai semula kadar tarif air dan program pemberian...

Video: ‘Awak Minta Maaf...

PADAH mengeluarkan kenyataan menghina golongan pemandu lori di laman sosial, seorang lelaki terdiam...

QZ8501: Mayat Rakyat Malaysia...

PENANTIAN demi penantian....Akhirnya mayat satu-satunya rakyat Malaysia yang merupakan penumpang pesawat AirAsia Indonesia,...

Penutupan 1MDB Bersifat Komersial...

KEPALA BATAS - Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan...

Motosikal Pegawai Petahanan Awam Musnah Dibakar

SARIKEI – Sebuah motosikal milik seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sarikei, musnah dalam kebakaran di sini lewat malam semalam disyaki akibat perbuatan khianat.

Sebuah lagi motosikal berdekatan kenderaan milik anggota itu, yang diletak di bahagian bawah Blok A, Flat Wisma Persekutuan, Jalan Permai itu turut mengalami kerosakan kecil.

Anggota tersebut Leftenan (Pertahanan Awam) Mackinly Jores yang berada di Kuching ketika dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian ituoleh seorang penghuni flat yang terdengar bunyi letupan sebelum mendapati sebuah motosikal terbakar.

“Pada Julai lalu, minyak motosikal saya telah dicuri sehingga kering tangki dengan cara mencabut hos pada kaburator. Saya tidak tahu apa motif mereka.

Tapi saya rasa seolah-olah dilakukan oleh orang sama sebab botol terbakar berisi minyak ditemukan di tempat kejadian,” katanya sambil menambah akan membuat laporan polis hari ini setibanya dari Kuching.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kahar berkata, panggilan kebakaran daripada orang awam diterima pada 11.25 malam.


Beliau berkata, sejurus itu satu pasukan dengan kekuatan sembilan anggota beserta satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 11.28 malam.

“Sebaik tiba, didapati orang awam sedang cuba memadamkan api menggunakan alat pemadam api jenis debu kering,” jelasnya sambil menambah operasi tamat pada 11.38 malam dan punca kebakaran masih lagi disiasat. – BERNAMA

Kategori