• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Pasca Banjir Bantu Bersih & Baik Pulih Kediaman

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Team Salute Malaysia akan melancarkan Misi Pasca Banjir Zon Utara 2017 selama tiga hari bermula esok hingga Ahad.

Presidennya Datuk Rizal Mansor berkata misi itu adalah untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kediaman mangsa banjir serta tempat-tempat awam melibatkan beberapa kawasan termasuk Alor Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Kangar.

Ia adalah misi bantuan pasca banjir kedua Team Salute Malaysia selepas misi banjir di pantai timur pada 2014, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rizal, misi kali ini akan disertai 400 sukarelawan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan yang ditetapkan dan menggunakan 100 kenderaan pacuan empat roda dan dua bas.

“Kami memohon orang ramai mendoakan kejayaan misi kali ini dan keselamatan para sukarelawan yang akan menyumbang masa dan kudrat mereka atas nama kemanusiaan dan sifat keprihatinan yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd