• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menang Loteri Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang telah memenangi loteri berjumlah RM69.6 juta iaitu nilai yang paling tinggi dicatatkan dalam sejarah di Malaysia.

Pemenang bertuah tersebut telah memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September lalu. Dia yang berusia 40 tahun itu telah datang menuntut wang kemenangannya dua hari kemudian.

Menurutnya, dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick untuk memenangi slot loteri berkenaan!

“Saya mula bermain Sport Toto empat tahun lalu, tetapi saya hanya membuat taruhan menggunakan nombor plat kereta saya dan saya tidak menang apa-apa.

“Saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan untuk makan malam Rabu lalu. Disebabkan jalan yang sesak, saya membuat keputusan untuk mengikut jalan lain.

“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto. Jadi, saya rasa saya patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar.

“Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,” katanya kepada NST.

Namun, dia tidak memeriksa keputusan pada malam itu sebaliknya kawannya yang memberitahu bahawa pemenang kali ini berasal dari Pulau Pinang.

“Saya tidak menghiraukannya dan hanya meneruskan kerja seperti biasa. Saya pergi bersarapan dan mulakan kerja dari rumah.

“Tiba-tiba perihal loteri itu terlintas di fikiran dan saya mula periksa tiket. Apabila lihat dua nombor terakhir sepadan dengan nombor pemenang, iaitu 52 dan 53, saya yakin yang saya telah menang.

“Jadi, saya meminta abang saya untuk memeriksa nombor tersebut dan saya betul! Saya telah menang loteri itu!

“Kami sangat teruja sehinggakan tidak dapat berhenti menjerit mula berlari sekitar rumah,” katanya lagi.

Memenangi hadiah wang tunai bernilai RM69,637,527.25, lelaki itu mengatakan sebahagian duit kemenangannya akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, membayar pinjaman dan melabur dalam hartanah.

Nilai kemenangan terbesar sebelum ini adalah RM57 juta dalam loteri Supreme Toto 6/58 pada tahun 2012.

Setakat ini, hadiah loteri tertinggi berjumlah lebih daripada RM28 juta adalah dalam jackpot Toto 6/58. – MYNEWSHUB.CC

Tags: loteri Sports Toto
Share210Tweet132SendShare

Related Posts

Menang Loteri RM20.5j Lepas Sembahyang Hari Jumaat

09/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Seorang sifu feng shui telah membuktikan kerjayanya ternyata mendatangkan hasil lumayan apabila dia telah memenangi RM20.5 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd