• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Yakin Dengan Pusat Tahfiz Walau Anak Cedera

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bapa seorang mangsa yang cedera dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Khamis lepas, masih yakin dengan pusat tahfiz itu dan akan membenarkan anaknya kembali belajar di situ.

Wan Nor Hisham Wan Jaafar, 47, berkata, anaknya Wan Muhammad Danish Hisham, 14, akan kembali belajar di pusat tahfiz berkenaan selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan dialaminya akibat insiden itu.

“Saya percaya selepas insiden baru-baru ini, mereka (warga tahfiz) akan lebih berwaspada terutamanya dalam aspek keselamatan pelajar dan guru.

“Oleh itu, saya masih percaya dan yakin dengan pusat tahfiz ini dan insya-ALLAH anak saya akan kembali belajar di sana,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur(HKL) di sini.

Ditanya mengenai keadaan anaknya, Wan Nor Hisham berkata, remaja terbabit masih trauma dan hanya berdiam diri.

“Daripada segi fizikal Danish semakin pulih tetapi masih trauma dan dia masih takut nak bercakap serta sentiasa menangis ketika menceritakan insiden kebakaran berkenaan.

“Saya diberitahu oleh doktor Danish boleh keluar (hospital) dalam masa terdekat dan saya bercadang untuk bawa dia pulang ke Pasir Mas, Kelantan,” katanya.

Dia berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu hanya melecur pada bahagian telinga dan hidung.

Wan Nor Hisham berkata, beliau hanya mengetahui mengenai insiden itu menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 6.11 pagi hari kejadian.

“Seorang ibu mangsa tahfiz beritahu saya mengenai kejadian itu dan saya amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa Danish dimasukkan ke HKL untuk menerima rawatan pada jam 9 pagi hari itu.

“Danish beritahu dia terselamat kerana katilnya jauh dari tempat kebakaran,” katanya.

Menurutnya, anaknya itu keluar menerusi tingkap dan berpaut pada saluran paip untuk turun ke tingkat dua dan terpaksa melompat dari tingkat itu ke bawah untuk menyelamatkan diri.

Ditanya sama ada anaknya itu ada terhidu bau gas ketika kebakaran berlaku, Wan Nor Hisham berkata, anaknya hanya terhidu bau asap.

Dalam kebakaran pada jam 5.15 pagi pada Khamis lalu 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz berkenaan meninggal dunia. – BERNAMA

Tags: kebakaran pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd