Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam, Pemimpin NGO...

KUALA LUMPUR - Penjawat awam dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) disaran menjadi ejen penyebar...

PM New Zealand, Anak...

NEW YORK - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, mencipta sejarah tersendiri apabila...

UniKL, TNB Lakar Kemenangan...

KUALA LUMPUR - Pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tenaga Nasional Berhad...

Risda Kaji Guna Alat...

BERA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) sedang mengkaji...

Mashitah Sedia Bertanding Kawasan DUN Kuala Ketil

KUALA LUMPUR – Bekas Anggota Parlimen Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sedia bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Kedah pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).

Mashitah yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) berkata sudah tiba masanya kawasan DUN itu diwakili pemimpin wanita yang mempunyai latar belakang agama kerana kawasan itu banyak menempatkan pusat tahfiz dan pondok di Kedah.

“Insya-Allah, sekiranya diberi peluang saya bersedia untuk bertanding di peringkat DUN untuk mencukupkan kuota calon wanita.

“Saya rasa kita perlu ada wanita-wanita profesional…lebih-lebih lagi Kedah mempunyai institusi-institusi agama jadi memerlukan orang yang mempunyai latar belakang agama yang menerajui, supaya rakyat yakin apabila kita bercakap tentang agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio di sini hari ini.


Mashitah yang pernah menang kerusi Parlimen Baling pada 2004 berkata usaha untuk memartabatkan peranan wanita iaitu menambah kuota calon sebanyak 30 peratus pada PRU14 telah pun disuarakan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan sudah tiba masanya ia direalisasikan pada PRU14 nanti.

Sejak 2008, DUN Kuala Ketil dikuasai PAS. – BERNAMA

Kategori