• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maraton Malaysia Batal Kerana Penganjur Gagal

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Maraton Malaysia 2017 terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan penganjur mencapai sasaran mendaftarkan sekurang-kurangnya 5,000 peserta dari China, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan China melantik Wisdom Sports Group dan sekutunya dari Malaysia, Wisdom Sports (M) Sdn. Bhd., sebagai penganjur Maraton Malaysia 2017, yang sebelum ini dikenali sebagai ‘One Belt One Road Marathon’.

Menurutnya, memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Beijing, China Mei lepas, menyebut bahawa penganjur perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 peserta dari China untuk mengambil bahagian dalam acara itu.

“Bagaimanapun, Wisdom Sports Group dari China gagal memenuhi syarat itu. Apabila mereka tidak dapat mencapai jumlah tersebut, Wisdom Sports (M) Sdn. Bhd. berpendapat adalah lebih baik acara itu dibatalkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Isnin, Wisdom Sports (M) Sdn. Bhd. menyiarkan dalam laman sesawang dan Facebooknya kenyataan bahawa maraton yang dijadual berlangsung pada 1 Oktober di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu dibatalkan kerana “keadaan di luar jangkaan yang boleh menjejaskan keseluruhan kualiti acara berkenaan.”

Dalam kenyataan itu, syarikat berkenaan juga berkata pihaknya akan mengembalikan yuran yang dibayar peserta dalam masa 30 hari berhubung pembatalan itu.

Syarikat itu meminta mereka yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara itu supaya menghantar e-mel kepada pihaknya sekiranya mereka tidak menerima bayaran balik pada 15 Oktober. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Salahkan SPRM Dengan Penahanan Pemimpin UMNO

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipersalahkan dalam siri siasatan dan penahanan pemimpin UMNO sejak kebelakangan...

Saya Tegar UMNO, Tidak Tinggalkan Parti

19/09/2018
0

IPOH - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, beliau merupakan ahli UMNO yang tegar dan menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd