Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Buat Roti, Biskut Untuk...

KUALA LUMPUR -Tidak ramai anak muda yang berminat untuk menghabiskan wang, masa dan...

Ada Netizen Jahil Geografi...

KETIKA satu dunia beri reaksi positif susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Belanda Bayar Insentif Jika...

AMSTERDAM - Anda mungkin jarang melihat orang ramai berduyun-duyun berbasikal ke tempat kerja...

Perompak Bodoh Kena Penjara

Chongqing (China) - Seorang lelaki dipenjarakan selepas merompak sebuah rumah dan kemudian menjual...

Mara Komited Lahir Ramai Usahawan Gunting Rambut

SUBANG – Majlis Amanah Rakyat (Mara) komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan daripada golongan belia melibatkan diri dalam industri gunting rambut secara profesional di negara ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara Zulkifli Osman.

Beliau berkata industri itu kurang mendapat perhatian sedangkan ia merupakan perniagaan yang mampu bertahan dalam apa juga keadaan ekonomi.

“Untuk itu, Mara telah mengadakan seminar yang dihadiri hampir 500 usahawan muda yang terlibat dalam industri gunting rambut ini pada Ogos lalu. MARA telah mengenal pasti 20 peserta terbaik untuk dilatih sebagai tukang gunting rambut profesional di bawah program ‘Hair In Trend’ (HIT),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program HIT “Hit Barber” dan pelancaran HIT-WAHL Battle of the Barber Malaysia oleh Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf.

Zulkifli berkata di bawah program HIT itu, MARA juga akan memilih dua peserta yang terbaik untuk mengikuti kursus gunting rambut di luar negara yang dijangka bermula pada November ini.

Beliau berkata HIT-WAHL Battle of the Barber Malaysia yang julung kali diadakan di negara ini merupakan antara modul di bawah program HIT untuk memberi pendedahan kepada usahawan mengenai budaya kerja yang lebih profesional.


Zulkifli berkata MARA mendapat kerjasama daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), syarikat WHAL dan Pertubuhan Pembangunan Kemahiran Rambut Malaysia untuk menjayakan program tersebut.

“Melalui program ini MARA berharap akan dapat melahirkan usahawan yang berasaskan kepada industri gunting rambut berdasarkan tiga konsep iaitu premium barber, HIT mobile dan HIT express cut,” katanya. – BERNAMA

Kategori