• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Masih Trauma

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nur Hayati Che Ahmad, 30, isteri naib mudir Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat dalam kebakaran Khamis lepas, masih trauma serta sering termenung.

Menurut suaminya, Muhammad Azhari Mahmod, 40, isterinya yang sedang hamil dua bulan anak kelima mereka, turut memberitahunya yang dia masih terdengar-dengar suara anak-anak tahfiz terbabit yang menjerit kesakitan ketika kejadian.

“Ketika kejadian isteri sedang solat dan terdengar bunyi desiran gas serta terhidu bau yang tidak menyenangkan sebelum anak sulung memberitahu ternampak api di luar pintu yang menempatkan bilik asrama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Muhammad Azhari dan isteri serta empat anak mereka yang kesemuanya perempuan menghuni satu ruang di tingkat tiga bangunan itu yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

Nur Hayati serta anak mereka termasuk bayi berusia sembilan bulan diselamatkan anggota bomba sejurus kejadian.

Menurut Muhammad Azhari ketika kejadian beliau dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan ibadah haji dan hanya mampu berdoa akan keselamatan keluarganya apabila dimaklumkan tentang tragedi itu sebaik tiba di tanah air.

Katanya isteri dan anaknya Siti Nur Safiyah, 2, kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang sehari kemudian.

“Isteri dan kesemua anak saya diselamatkan pelajar dan bomba. Saya bersyukur kesemua mereka termasuk anak bongsu, Siti Nur Afifah yang baru berusia sembilan bulan dipelihara Allah. Cuma anak saya yang berusia dua tahun masih batuk-batuk,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Muhammad Azhari berkata anak sulungnya Siti Nur Fatimah,12, yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada hari kejadian, terpaksa meminjam baju daripada anggota keluarga yang lain kerana pakaian sekolahnya hangus terbakar.

“Alhamdulillah. Anak saya maklumkan dia mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik,” katanya menambah mereka sekeluarga kini tinggal di sebuah rumah di Keramat.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz tersebut terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut. – BERNAMA

Tags: kebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Kebakaran Terima Rawatan Terbaik Di HKL

Next Post

Masih Yakin Dengan Pusat Tahfiz Walau Anak Cedera

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

Next Post

Masih Yakin Dengan Pusat Tahfiz Walau Anak Cedera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd