• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Gas Klorin Dilaporkan Stabil – Polis

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 40 mangsa kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya di sini masih dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata 35 daripada mereka dirawat di Hospital Melaka dan bakinya di Hospital Jasin.

Mereka adalah antara 50 mangsa yang sebelum ini dilaporkan oleh Angkatan Pertahanan Awam digegaskan ke hospital akibat kejadian itu.

“Kebanyakan mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat operasi polis di sini dijangka ditutup tengah hari ini,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya pihak bomba juga telah memeriksa baki enam tong terbabit dan mengesahkan keadaan di lokasi selamat pada 4.30 pagi tadi.

Pada masa sama Afzanizar berkata masih terlalu awal untuk merumuskan kejadian itu mempunyai unsur jenayah.

Sementara itu, usaha Bernama untuk menemu bual mangsa yang dirawat di Hospital Melaka dan Hospital Jasin gagal selepas tidak dibenarkan berbuat demikian oleh petugas hospital.

Terdahulu dilaporkan pasukan penyelamat menemui tujuh tong berisi gas klorin di sebuah kebun di kampung berkenaan petang semalam dan satu daripada tong terbabit bocor, mencemarkan kawasan seluas kira-kira satu kilometer.

Akibat kejadian, sebuah pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Tambak Jaya dan menempatkan 79 mangsa yang merangkumi 25 keluarga. – BERNAMA

Tags: Gas Klorinpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd