• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di P.P Ditempatkan Di 7 Pusat Pemindahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seramai 559 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang berikutan rumah mereka dilanda banjir selepas hujan lebat beberapa jam, awal pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Azman Hussin berkata sehingga 9 pagi ini, semua mangsa banjir itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara di lima daerah di negeri itu.

“Tiga pusat pemindahan sementara di daerah Barat Daya membabitkan seramai 367 mangsa banjir dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang (195 orang), Dewan Perda Teluk Kumbar (150 orang) dan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Baru pula terdapat 22 mangsa.

“Daerah itu paling teruk terjejas akibat banjir dan ketika ini air banjir di beberapa kawasan seperti di Sungai Pinang, Bukit Kechil, Balik Pulau, Jalan Baru dan Teluk Kumbar telah mula surut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi daerah Timur Laut hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Menengah Heng EE iaitu membabitkan 14 warga emas dari sebuah rumah orang tua di George Town yang terjejas banjir semalam.

Azman berkata sebuah pusat pemindahan sementara di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dibuka di Dewan Masjid At-Taqwa dan seramai 12 orang termasuk dua bayi lelaki masih ditempatkan di situ, mereka dipindahkan sejak 2 petang semalam selepas kawasan rumah dinaiki air.

Katanya seramai 31 mangsa banjir termasuk seorang bayi perempuan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Kota Permatang Pasir dan pusat pemindahan itu dibuka pukul 10 malam tadi selepas air banjir di kawasan berkenaan tidak surut.

“Di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) seramai 175 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong tebal sejak 6.15 petang semalam dan ini kali kedua kawasan yang sama dilanda banjir dalam tempoh seminggu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati mangsa banjir di sekitar Kampung Dodol dan Jalan P. Ramlee, George Town yang paling teruk terjejas semalam, mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membersihkan rumah mereka selepas dinaiki air hingga hampir 2 meter.

Seorang mangsa banjir, Norlaila Ibrahim, 32, berkata banjir kali ini paling teruk dan mereka sekeluarga tidak sempat menyelamatkan barang-barang elektrik kerana air naik begitu cepat sehingga bahagian bawah rumahnya ditelenggami air.

“Nasib baik rumah saya dua tingkat, jadi kami sekeluarga menyelamatkan diri di bahagian atas sebelum menunggu bantuan daripada pihak bomba. Semua barang elektrik di tingkat bawah habis rosak.
Rumah juga berselut,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd