Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Apakah PM8 Akan Disiasat...

DARI FB NAJIBHARI itu kecoh satu negara sebab tular video saya lupa scan...

Lahad Datu Terima Mesin...

LAHAD DATU - Hospital Lahad Datu di sini menerima  sebuah lagi mesin  hemodialisis baharu...

YouTube Sekat Saluran Media...

YouTube pada Jumaat memaklumkan pihaknya menyekat saluran media yang menyokong dan mempunyai kaitan...

Pogba Bercuti Sakan Sudah...

PEMAIN Manchester United, Paul Pogba, menikmati cutinya dengan berkunjung ke Tembok Besar China. Di...

Mandi Dalam Duit, DSV Kena Label Lupa Tuhan?

LAGU I Am Me nyanyian pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida telah mencetuskan fenomena tersendiri, apatah lagi lagu itu dianggap paling cepat viral di kalangan peminat seni hiburan tanah air.

Populariti menggila lagu itu menyebabkan I Am Me telah diparodikan sebagai ‘Ayam Mee’ oleh pelawak Jihan dan Belle Ngasri, malah dikatakan setanding dengan fenomena lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) nyanyian penyanyi Jepun, Pikotaro.

Walaupun teruk dikritik oleh segelintir netizen yang menganggapnya sebagai ‘gedik sakan’, namun Vida tetap menjadi Vida; kata-kata nista tidak sedikitpun mematahkan semangatnya.

Terkini, Vida sedang sibuk dalam pengambaran bagi menghasilkan video klip ‘rasmi’ untuk lagu berkenaan.

Baca: DSV Impi Setanding Penyanyi Hollywood, Katy Perry?

Bagaimanapun, baru-baru ini usahawan ini sekali lagi dikecam oleh netizen sehinggakan dia dilabel ‘riak tak bertempat’.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang beranggapan beliau dilihat seolah lupa Tuhan. Haaa…apa ceritanya ni?

Menerusi perkongsian salah seorang kru yang terlibat dalam pembikinan video klip berkenaan di laman Instagram baru-baru ini telah menarik perhatian netizen.

Gambar tersebut memaparkan Vida sedang begitu ‘asyik’ bermandikan wang kertas dan barangan kemas yang pelbagai di dalam sebuah tub mandi.

Difahamkan, gambar tersebut adalah antara salah satu babak dalam video klip semata-mata.

Gambar yang menerima lebih daripada 11,000 likes itu dilihat mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Seperti biasa ada yang positif dan juga sebaliknya.


Rata-rata antara mereka dilihat begitu teruja dengan kekayaan yang dimiliki oleh Vida.

“Asyukkk 😂 Duit buat mandi @datoserivida,” tulis toge.lembik.

“Alhamdulillah rezeki melimpah Dato ^_^. Bolehlah salurkan sedikit ke pusat tahfiz yang kebakaran tu In Shaa Allah. Allah bagi 2x ganda,” kata anazizah00.

Bagaimananpun, terdapat juga netizen yang mengutuk tindakan itu kerana beranggapan ia seolah satu pembaziran.

“Aku rasa Dato Vida ni kaya sampai lupa tuhan… Yelah kan walaupun tu MV (Music Video) lagu dia tapi tak payahla buat beria sangat.. Membazirkan amalan syaitan,” komen aminkurt_.

“Letak papan.. So nampak macam penuh.. Tapi riaknya.. Baik sedekah kat orang memerlukan macam aku ni hahaha,” ujar ajeh_nazDia.

Fuhhh…Kelas Datuk! Bukan setanding Katy Perry je, dah setaraf video klip Taylor Swift yang baru nampaknya! Apa-apa pun bersama-sama kita nantikan hasilnya… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori