• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terima Kunjungan 1.8 Juta Pelancong Thailand

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kira-kira 1.8 juta pelancong dari Thailand melawat Malaysia tahun lepas, meningkat 32.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2015, menurut Tourism Malaysia Thailand.

Trend pertumbuhan kukuh dalam ketibaan pelancong dari Thailand dijangka berterusan tahun ini, kata pengarahnya Abdul Haris Hadi.

“Dari Januari hingga Julai tahun ini, jumlah kedatangan pelancong dari Thailand ke Malaysia mencatatkan peningkatan 9.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya pada seminar pelancongan bagi media dan ejen pelancongan tempatan anjuran Tourism Malaysia Thailand di Hatyai, selatan Thailand, baru-baru ini.

Beliau berkata secara keseluruhan, Malaysia merekodkan peningkatan empat peratus dalam jumlah ketibaan pelancong tahun lepas iaitu 26.7 juta orang, menjana hasil daripada pelancongan sebanyak RM82.1 bilion bagi negara itu.

Pada 2015, negara menerima hasil daripada pelancongan sebanyak RM69.1 bilion.

Abdul Haris berkata menerusi seminar berkenaan, pihaknya berharap untuk menjalin dan memperkukuhkan hubungan di kalangan media serta peserta industri di seluruh Thailand dan di wilayah selatan seperti Hatyai, Songkla dan bandar lain.

Seminar itu akan memberi maklumat terkini kepada media dan ejen pelancongan tempatan berkaitan produk pelancongan terbaharu serta tempat menarik di Malaysia selain mewujudkan pakej pelancongan menggunakan pelbagai kaedah pengangkutan, katanya.

Beberapa pegawai kanan daripada ibu pejabat Tourism Malaysia di Putrajaya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menyampaikan ceramah dalam seminar sehari itu. – BERNAMA

Tags: Pelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd