• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak “Dijajah” Oleh China – Tiong Lai

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Tegasnya Malaysia “tidak dijajah” oleh China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.

Sekalipun FDI dari China meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Liow tegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.

“Di Malaysia, China bukan nombor satu. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara-negara ASEAN.

“Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah oleh China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” katanya kepada pemberita di sini.

Liow yang sebelum itu merasmikan Pameran dan Persidangan O2O dan Runcit Asia pertama, ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada FDI dari China untuk pertumbuhan ekonominya.

Mengulas lanjut, Presiden MCA itu berkata beliau gembira China memilih Malaysia sebagai antara destinasi FDInya.

“Kita memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan negara. Semua tuduhan ini tidak berasas. Saya percaya rakyat akan faham bahawa semua negara bergantung kepada FDI,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Liow berkata Malaysia kini pada kedudukan yang baik dan di landasan tepat untuk menjadi hab logistik di rantau ini, dan menambah kemudahan terbabit termasuk penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital di KLIA Aeropolis dan penambahbaikan beberapa pelabuhan di seluruh negara, akan merangsang pertumbuhan e-dagang.

“Inisiatif terbabit akan mempermudah penglibatan perusahaan kecil dan sederhana dalam e-dagang selain mewujudkan peluang baharu untuk mereka meneroka pasaran luar negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peru Isytihar Duta Korea Utara ‘Persona Non-Grata’

Next Post

Cerita Pengalaman Haji Bersama Almarhum Sultan

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

Next Post

Cerita Pengalaman Haji Bersama Almarhum Sultan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd