• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia & Indonesia Tambah 5 POSGAB Di Sempadan

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia akan menambah lima lagi pos gabungan (POSGAB) bersama di kawasan panas di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan pada tahun hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata empat POSGAB sedia ada yang terletak di Lubok Antu, Biawak, Ba’Kelalan di Sarawak dan Seliku di Sabah perlu ditambah bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sempadan.

“Perkara ini dapat dicapai dengan kerjasama yang baik dari Indonesia dalam membantu menangani anasir-anasir yang tidak diingini di kawasan sempadan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sidang Ke-40 Jawatankuasa Am Sempadan bersama Malaysia–Indonesia (GBC Malindo) di Wisma Perwira, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral (B) Ryamizard Ryacudu dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Menyentuh isu ujian peluru berpandu Korea Utara, Hishammuddin berkata Malaysia dan Indonesia sepakat untuk tidak menyokong sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan atau perperangan serta perkara yang boleh menganggu-gugat keamanan sejagat oleh mana-mana negara.

“Malaysia dan Indonesia akan membawa perkara ini dalam Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Filipina pada bulan depan bagi menyuarakan kebimbangan rantau Asia Tenggara dan akan memantau secara dekat perkembangan situasi di Korea Utara,” katanya.

Mengulas GBC Malindo yang diadakan setiap tahun, Hishammuddin berkata ia bukan sahaja untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia yang terjalin sejak 60 tahun lalu tetapi platform terbaik dalam merangka strategi memperkukuhtahap keselamatan dan kedaulatan kedua-dua negara khususnya di bahagian sempadan.

“Kami membincangkan isu-isu semasa, selain militan Daesh, perkara yang diberi perhatian ialah isu Korea Utara dan Rohingya. Selain itu, kedua-dua negara akan melaksanakan latihan ketenteraan bersama menjurus kepada aktiviti menangani keganasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Rondaan Udara Tiga Pihak (TAP) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina di Laut Sulu dijangka dilancarkan di Pangkalan Udara Subang dekat sini pada 12 Okt ini.

TAP dilaksanakan bagi memperkasa pengawasan keselamatan dan kesiapsiagaan ruang udara dan maritim. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd