• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, AS Bergandingan Lenyapkan Pengganas

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan sentiasa bergandingan dengan Amerika Syarikat dalam misi penting melenyapkan satu kumpulan pengganas yang perbuatannya memualkan seluruh manusia bertamadun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sebagai rakan kongsi dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaskan Daesh, Malaysia menentang keganasan dengan menggalakkan kesederhanaan dan program nyahradikalisme yang mempunyai kadar kejayaan 90 peratus.

“Kami melakukannya menerusi perkongsian risikan dan langkah-langkah antikeganasan di rantau kami dan di luar sana. Saya bangga memaklumkan Polis Diraja Malaysia telah menggagalkan sekurang-kurangnya 13 serangan besar pengganas sejak 2012.

“Kami melakukannya dengan menjadi rakan dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaskan Daesh dan melalui dialog strategik antara Kementerian Pertahanan dan Pentagon,” katanya dalam artikel bertajuk ‘Perdana Menteri Malaysia: Trump, kami di belakang anda dalam menentang ISIS’ yang disiarkan oleh The Hill, laman sesawang politik utama AS, pada Isnin.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berada di Washington untuk lawatan kerja tiga hari dengan Perdana Menteri dijadualkan bertemu dan berbincang dengan Presiden Donald J. Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Sambil menyatakan pertemuannya dengan Trump turut menandakan enam dekad hubungan dua hala yang kukuh, Najib berkata hubungan Malaysia-AS melangkaui perdagangan memandangkan kedua-dua negara turut berkongsi nilai-nilai yang telah berakar umbi dalam aspek lain.

“Nilai-nilai ini yang diambil bersama-sama, adalah faktor hubungan kita diangkat ke tahap lebih tinggi sebagai Perkongsian Komprehensif rasmi pada 2014.

“Ini bermakna kedua-dua negara komited untuk mengukuhkan kerjasama antaranya dalam politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan hubungan rakyat dengan rakyat, serta keselamatan dan pertahanan,” katanya.

Dari segi ekonomi, Perdana Menteri berkata AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada 2016 manakala Malaysia merupakan yang ke-18 terbesar bagi AS.

“Saya berharap lebih banyak rakyat Amerika dan firma AS melihat negara kami sebagai sebuah destinasi dengan peluang besar yang menawarkan tenaga kerja berpendidikan, ramah dan tahu berbahasa Inggeris,” katanya.

Secara peribadi Najib berkata beliau gembira berada di AS, sebuah negara hebat yang telah banyak kali dilawatinya sejak muda.

“Saya masih ingat tiba di New York sebagai siswazah muda dan kagum dengan muzik, makanan, seni bina dan suasana kota raya yang hidup. Perasaan suka saya terhadap negara anda tidak pernah pudar dan ini dikongsi oleh ribuan rakyat Malaysia yang pernah tinggal, bekerja dan belajar di Amerika,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd