Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Ratu Elizabeth Lawat Mangsa...

RATU Elizabeth mengkiritik serangan keganasan di Manchester yang disifatkan sebagai melampau ketika melawat...

Kes Demam Campak Dunia...

NEW YORK – Jumlah kes demam campak di seluruh dunia dalam tempoh tiga...

Pegawai Imigresen Terlibat Kemalangan...

SIBU - Seorang pegawai imigresen maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta Perodua...

PLUS – Pengguna Disyorkan...

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena sambutan Hari...

Makan Nasi Boleh Turunkan Gula Dalam Darah?

SERING dikaitkan sebagai musuh utama pesakit kencing manis, satu kajian membuktaikan makan nasi putih dengan protein, sayur-sayuran dan semangkuk sup boleh menurunkan indeks glisemik (GI) beras putih sebanyak 50%!

Dapatan kajian itu dibuat oleh Pusat Penyelidikan Pemakanan Klinikal di Singapura.

Meskipun merupakan makanan ruji penduduk Asia, nasi mempunyai kadar indeks glisemik yang tinggi atau keupayaan untuk meningkatkan tahap gula dalam darah seseorang.

Ini boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti kencing manis atau penyakit jantung koronari.

Walau bagaimanapun, mungkin ada cara untuk menurunkannya.

Dalam satu kajian melibatkan lebih 500 orang di negara ini, para penyelidik mendapati apabila beras putih dimakan begitu sahaja ia mempunyai indeks glisemik sebanyak 96.

Apabila ia dicampur dengan protein, sayur-sayuran dan semangkuk sup pula indeks glisemik turun kepada separuh.

“Sup mengandungi apa yang dipanggil asid amino dan asid ini merangsang pengeluaran insulin yang merupakan hormon yang  berupaya untuk menyerap glukosa dalam badan.


“Begitu juga apabila anda makan protein, ia menghasilkan asid amino,” kata Pengarah Pusat Penyelidikan Pemakanan Klinikal Profesor Jeyakumar Henry, dalam laporan portal Berita Mediacorp republik itu.

Kajian itu juga mendapati apabila kacang soya tanpa gula dimakan dengan beras putih, ia boleh mengurangkan indeks glisemik sehingga 30%.

Dalam wawancara eksklusif Mediacorp, Menteri Negara Kanan Kesihatan Singapura, Chee Hong Tat berkata maklumat itu boleh dikongsi dengan industri terbabit supaya pilihan makanan sihat dapat dihasilkan.

Selain dapat memberi kebaikan kepada kesiahatan, Chee menambah penemuan menkajubkan ini juga boleh membantu syarikat-syarikat dalam sektor swasta. – MYNEWSHUB.CC

Kategori