Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta AKM 1998...

KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-Undang Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan...

Wartawan Filipina Ditembak Mati

MANILA : Seorang wartawan Filipina ditembak mati ketika sedang memandu di ibu negara...

MH370: Luahan Kasih Seorang...

KUALA LUMPUR - "Mak akan tetap tunggu kau nak, selagi hayat dikandung badan....

Pemuda PAS Ikrar Tewaskan...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Kelantan memberi jaminan akan menggerakkan kempen secara serius...

Lulus RM25 Juta Kembalikan Kuota Asal Benih Padi

ALOR SETAR – Rungutan petani mengenai kekurangan benih padi sah bersubsidi bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani bagi mengembalikan semula kuota pengagihan benih padi itu kepada 80,000 tan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Othman Aziz berkata, peruntukan itu sekali gus membolehkan petani mendapat bekalan benih padi mengikut harga asal bagi setiap satu beg benih padi seberat 20 kilogram iaitu RM32 berbanding RM48 yang dibeli sebelum ini.

“Sebelum ini kuota asal benih padi di seluruh negara memang berjumlah 80,000 tan…bagaimanapun kerajaan dalam program rasionalisasi (dalam Bajet 2017) mengurangkannya menjadi 48,000 tan…jadi ia menimbulkan isu kepada para petani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini hari ini.

Baru-baru ini petani di daerah Kerian, Perak mendakwa benih padi sah bersubsidi tidak mencukupi menyebabkan petani terpaksa membeli benih padi sendiri. – BERNAMA

Kategori