• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luahan Hati Cucunda Sultan Kedah Buat Netizen Sebak

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui semalam perginya seorang lagi sultan yang berjiwa rakyat, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 89, sekitar pukul 3.15 petang.

Sudah pasti kerabat diraja yang paling terasa dengan pemergian ini. Cucunda baginda, Raja Sarina Iskandar ada meluahkan perasaan belasungkawanya menerusi laman Instagram.

Dearest Tok, Today and forever, Kedah and Malaysia have lost one of their greatest kings. Your dedication to Kedah and Malaysia has inspired me growing up. When you were Agong for the second time at the age of 83, I moved in with you at Istana Negara. It was then that I saw for the first time, the behind-the-scenes of your life. __ I saw you skip your meals to practise your speeches or to be in the office. Which 80-something man would do that? Most of us dream of retiring at 50 if we can! But you never could even if you wanted to. And there were times, more often than people knew, when you were ill but still continued with your Agong and Sultan duties. __ In between functions you would be in the hospital ward. When you would leave the ward, I would watch you on TV looking normal as you greet the the PM, govt ministers and the rakyat. But as soon as the event was over, you would return to the hospital ward with tubes connected to your body. Even on your sickest day, you would be ON TIME. You would never make anyone wait. __ This is the side of a king no one knows. You don’t simply sit on a throne and enjoy your riches despite what many ignorantly think. There are sacrifices because you can’t have a normal life. There is no privacy and no normal schedule. Your status is an amanah from Allah. __ People are unforgiving when leaders make mistakes and my Tok always made sure he did the very best. When I told him this blog or that person insulted him, he was never angry. He was calm and would simply say: “I did my best.” __ You did the very best and more your WHOLE life Tok. The reason I know how to be a good princess is because you taught me how. I love you so much Tok; you’re forever my Sultan. Al-Fatihah.

A post shared by Raja Sarina 🇲🇾 (@sarinaiskandar) on Sep 11, 2017 at 1:15am PDT

Melalui posting tersebut, Raja Sarina menyatakan buat pertama kalinya beliau melihat sisi berbeza nendanya semasa beliau berindah ke Istana Negara apabila Almarhum dimahsyurkan sebagai Agong buat kali kedua.

Menurut Raja Sarina, nendanya sangat mementingkan tanggungjawab sebagai Agong dan Sultan sehinggakan ketika waktu gering pun baginda masih memenuhi acara majlis.

“Antara acara majlis, Tok akan berada di wad hospital. Apabila Tok meninggalkan wad, saya lihat Tok kelihatan normal di televisyen ketika menyapa Perdana Menteri, barisan menteri dan rakyat.

“Namun, selepas acara berakhir, Tok kembali ke wad dengan tiub yang bersambung ke badan. Walaupun pada hari gering, Tok akan tepati masa dan tidak membiarkan mereka menunggu,” tulis Raja Sarina.

Sikap almarhum yang mementingkan rakyat tercinta sehingga mengabaikan diri baginda membuatkan kerabat terpaksa menasihatinya supaya menjaga kesihatan dan tidak memudaratkan diri baginda sendiri.

Raja Sarina yang juga wartawan akhbar New Straits Times menyatakan nendanya bukan seperti yang difikirkan golongan tertentu yang hanya bersemayam di takhta.

Baginda tidak menjalani kehidupan normal kerana merasakan tanggungjawab sebagai Agong adalah amanah daripada Allah.

Almarhum Sultan Kedah juga tidak pernah marah apabila diberitahu ada pihak-pihak tertentu mempersendakannya, malah baginda kekal tenang dan hanya berkata:

“Tok dah buat yang terbaik…”

Cucunda almarhum juga menyifatkan baginda seorang yang pemurah kerana dalam diam baginda ada menaja beberapa orang anak muda menyambung pengajian ke peringkat universiti.

“Sifat pemurahnya tidak terhad kepada apa yang kita lihat di media; secara senyap2, Tok juga telah menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti.

“Melihat rakyatnya berjaya membawa sejuta kegembiraan kepadanya,” tulisnya lagi. Luahan rasa cucunda almarhum Sultan Abdul Halim ini juga mendapat respons netizen yang rata-ratanya berseuju dengan apa diperkatakan.

Merafak salam takziah daripada kami kepada semua kerabat diraja Kedah. Semoga roh baginda dicucuri rahmat. Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: kemangkatan Sultan KedahRaja SarinaSultan Abdul Halim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Subjek Alam Sekitar Dijangka Dilaksana 2019

Next Post

Hina Almarhum Sultan Kedah, Lelaki Ini Dikecam Teruk

Related Posts

Penghormatan Akhir Kepada Almarhum Sultan Kedah

12/09/2017
0

ALOR SETAR - Orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat memenuhi Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini bagi memberi penghormatan...

Netizen Dukacita Sultan Abdul Halim Mangkat

12/09/2017
0

MERAFAK sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj...

Next Post

Hina Almarhum Sultan Kedah, Lelaki Ini Dikecam Teruk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd