Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Dua Beradik Ditemukan Rentung

Johor Bahru : Dua beradik rentung apabila bilik tidur rumah mereka dekat Jalan...

GPS Tidak Akan Bagi...

SIBU – Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan memberi laluan mudah kepada Pakatan...

Isu Auntie Anne’s Tak...

SUSULAN viral mengenai isu kiosk bakeri pretzel terkenal, Auntie Anne's yang didakwa tidak...

Ringgit Dijangka Menyaksikan Pergerakan...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka menyaksikan sedikit pergerakan pada minggu depan dengan peniaga...

Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz Terus Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah empat hari kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini berlaku, lokasi tragedi itu terus menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari segenap pelusuk negara.

Kebanyakan mereka yang tiba seawal 7.30 pagi dilihat merakam gambar selain memasukkan duit sumbangan ke dalam tabung khas yang diletakkan di depan pusat tahfiz berkenaan.

Pengetua tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood menyifatkan sumbangan tidak putus-putus daripada orang ramai yang menziarahi lokasi tragedi sebagai ‘rezeki’ untuk pelajar pusat tahfiz yang kebanyakannya daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang sanggup datang dan menghulurkan sumbangan,” katanya ketika ditemui Bernama di pusat tahfiz itu di sini, hari ini.

Lokasi kejadian juga masih dikawal oleh anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

Keadaan sesak di hadapan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Kampung Datuk Keramat. – Foto NSTP


Selain itu, laluan di sepanjang Jalan Keramat Ujung juga agak sesak sejak kejadian kebakaran itu berikutan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan ketika melalui lokasi tragedi.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut dalam kejadian 5.15 pagi Khamis lepas. – BERNAMA

Kategori