• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo MeSTI Boleh Lariskan Jualan? Biar Betul!

oleh Ahmad Albab
18/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESIBUKAN rutin harian menjadikan rata-rata daripada kita selalu tak sempat untuk menguruskan diri terutamanya memasak makanan segar di rumah.

Akhirnya, kita cuma memasak makanan segera yang disejuk beku sahaja seperti nugget, ayam goreng dan daging burger, atau pun makanan dalam tin seperti kari ayam, sardin dan juga sambal ikan bilis.

‘Kena’ pula dengan telur goreng dan kicap manis. Fuh, leleh habis!

Namun pernahkah kita bertanya diri kita sendiri tentang tahap keselamatan dan kebersihan sesebuah produk makanan itu?

Haaa, sebab itulah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan MesTI! Apa MeSTI tu?

MeSTI merupakan salah satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) oleh KKM untuk membantu pengusaha produk makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menghasilkan produk yang bersih dan selamat untuk pengguna.

Dengan adanya logo MeSTI, sudah tentu pelanggan akan bertambah yakin dengan produk jualan anda dan perniagaan anda juga akan menjadi semakin laris! Wah, masyuk!

Sebagai rujukan anda, berikut adalah faedah-faedah yang boleh anda perolehi jika mendapat pensijilan MeSTI:

1. Pensijilan dan bimbingan adalah PERCUMA.

2. Tempoh sah pensijilan selama tiga tahun.

3. Memudahkan proses permohonan pensijilan halal (JAKIM).

4. Dapat meluaskan pasaran perniagaan termasuk di rangkaian Kedai Rakyat Giant, Pasaraya Eon, 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasar raya besar yang mewajibkan ada sijil MeSTI.

5. Mempercepatkan pengeluaran sijil pengeksportan seperti Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate) dalam tempoh satu hari TANPA dokumen tambahan.

6. Logo MeSTI pada label produk makanan dapat menyakinkan pengguna terhadap keselamatan makanan produk tersebut.

7. Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Mudah sahaja cara untuk memohon sijil MeSTI. Pertama, anda perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan melalui fosimdomestic.moh.gov.my.

Kemudian, anda perlu memohon secara online melalui FoSIM Domestik fosimdomestic.moh.gov.my ATAU muat turun borang permohonan dari fsq.moh.gov.my, isi dan hantar ke Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran dengan premis masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari fsq.moh.gov.my dan Facebook @BKKMHQ atau hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BKKMHQsijil meSTI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Upah Kaki Pukul Untuk Disiplinkan Pelajar

Next Post

Pawang Buaya Maut Dibaham Buaya

Related Posts

Premis Makanan Ada BeSS, Barulah Syok!!!

17/07/2017
0

SEKARANG ini orang ramai mula menitikberatkan soal makanan bersih, selamat dan sihat. Apabila kedai bersih, makanan sihat dan selamat, sudah...

“Ada BeSS.. Barulah Nak Makan Pun Best!”

22/12/2016
0

WAH… bestnya musim cuti sekarang ni!! Banyak pula undangan gi kenduri kahwin. Apa lagi, hidangan favourite mestilah nasi minyak. Eh.....

Next Post

Pawang Buaya Maut Dibaham Buaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd