• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Perodua Myvi Dipandu Terbabas Di Plaza Tol

oleh Ahmad Albab
12/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Plaza Tol Lima Kedai, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Nor Hashim Mohamed berkata kejadian kira-kira 11.15 malam itu menyebabkan Chong Yue Sheng, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan kerana tersepit di dalam kereta.

“Kemalangan dipercayai berlaku akibat kecuaian Chong yang dari arah Gelang Patah menghala ke Senai telah hilang kawalan dan terbabas lalu berpusing melanggar besi penghadang jalan di dalam kawasan tol,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Nor Hashim berkata Chong yang merupakan penganggur, berasal dari Gelang Patah, di sini.

Beliau berkata mayatnya dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.

“Tempat kejadian telah dilawati dan mendapati keadaan cuaca adalah baik, berlampu (malam), jalan rata dan bertar. Terdapat enam lorong di kawasan kemalangan dan tiada sebarang kekeliruan tanda jalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd